Friday, September 11, 2009
Bam bom bang, bunyi meriam, Harap ini pantun buat anda tergamam...
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin 

Posted by collabr8 at 1:07 AM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
Ramalan
Suatu hari, diadakan satu pertandingan Meramal Masa Depan peringkat negara. Pemenangnya ditetukan melalui cara berapa jauh kedepan dia boleh ramalkan.
Peserta Thailand : " Ramalan saya ialah, pada tahun 2013 nanti, Pulau Phuket akan hilang dari muka bumi ini akibat bencana alam".
Peserta Jepun : "Ramalan saya ialah 2016 nanti, Jepun akan diserang Tsunami yang dasyat, tapi negara kami terselamat kerana telah menciptakan alat yang boleh membuatkan negara kami terbang.".
Peserta Malaysia : "saya meramalkan lebih jauh dari semua peramal yang ada disini, setelah semua yang diramalkan itu terjadi, terjadi dua perkara penting iatu Malaysia akan menjadi juara FIFA Wolrd Cup dan dua tahun selepas itu dunia akan kiamat".
Kerana terkejut dengan ramalan peserta dari Malaysia, Juri terus bertanya "Adakah ramalan itu betul?"
Dengan tenang, Peserta dari Malaysia menjawab "Betul. Kiamat akan terjadi pada tahun 2500"
Dengan spontan juri itu berkata "itu tidak mungkin",
dengan tenang lagi, peramal Malaysia menjawab "kita tunggu dan lihat saja nanti".
Posted by collabr8 at 4:00 AM 0 comments
Thursday, September 3, 2009
BLOG UNDER CONSTRUCTION
HARAP MAAF JIKA BLOG SY X MEMUASKAN HATI SMUA ORANG...MUNGKIN SY XTAWU BNYK LG HRP SMUA BERI TUNJUK AJAR..DAN JIKA ADA KOMEN SILA SERTAKAN DGN IKHLAS..MUNGKIN ADA YG XKNE NGAN BLOG NI TP TAK PA SY AKN CBA MENGURANGKAN KONTROVERSI & MENINGKATKAN PRESTASI...KOMEN ALA MAKIAN ATAU CARUTAN HARAP TIADA>>> SALAM RAMADAHAN DR SY.....ASSALAMUALAIKUM
Posted by collabr8 at 9:32 AM 0 comments
hg mai pala hg aq putaiq
hari yg indah lgi cerah buat insan seperti aku..hu3 intro ayat mahal siot...ada2 lg disaat waktu berhenti...kosong dimensi membutakan mata,memekakkan telinga lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri....smua org jelas terpampar di muka mereka wajah keriangan...di saat mnyambut hari murabbi...sebenarnya ak xmau citer yg tu...kite lupakan..ha3....tp yg ak nk cita ni ialah kelakuan makhluk tuhan paling !@#$ ntahla...hajat di hati ni nk tgkp gmbr makhluk tu tp...dia kluarkan perkatann yg agk carut bnyinya...tp tidak mngapa ak sbar lg...nmun mlut yg berbisa itu mngeluarkan perktaan yg berbau longkang seakan katak mati di tepian manakan lg tikus dipijak akhirnya cicak yg mati..dia mengejek nma pak&mak...dgr perasaan yg msih lg sbar ak & rakan ku membuat satu perancangan...ni bkn apa, hajat kmi hny nk ambik gmbq dia ja bwat kenangan...tp akhirnya ini jdnya
nmun dia tetap melawan ..ish3 degil sungguh...lalu kmi bka lgkah kedua ...semoga kmu smua mngambil ikhtibar
Huh dia tetap melawan....xpa den sbar lg....akhirnya kmi...
petikan dr kisah benar
alhamdulillah,akhirnya dia sedar dgn kesilapanya....semoga pan tergolong dlm golongan yg diredhai....amin...kmi sntiasa mendoakan dia...9 A utk dia
Posted by collabr8 at 9:06 AM 0 comments
Loghat mana lebih munasabah?
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."
Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."
KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
Posted by collabr8 at 7:37 AM 0 comments







