BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

followers

Saturday, August 28, 2010

lawak santai....lyn je..~

Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah

bang..

Suami :: Buku apa?

Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk

meminta derma.

Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun

membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada

apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

Lawak 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan

pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?

Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman

baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu

gambar awak, Nanti awak

pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada

saya.

Siti : Erkkkkkk…. …. Benci ………

Lawak 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.

Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.

Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!

Lawak 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut

dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the

accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu

nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back

home in Klang.

So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia,

“AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”

Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT

RUMAH JER.”

So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”

Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI

MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA.”

So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI

SINI, KELUAR JAP”

Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Lawak 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan

kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin

menumpang, lalu ditumpangkan

kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1

sahaja.

Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin:?????? ??

Lawak 7

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat .

” Assalamualaikum “

” Walaikumsalam “

” Ni rumah encik encik Sa

r ngat ye?

” Ya saya”

” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “

” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Lawak 8

Orang Asli Dan Polis

orang asli: selamat pagi tuan

polis: selamat pagi

polis: apa hal

orang asli: saya nak buat repot tuan

polis: fasal apa tu

orang asli: kawan saya di baham harimau

polis: pukul berapa

orang asli: dia tak pukul, terkam

polis: habis?

orang asli: tak habis, tinggal kepala

Lawak 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya

diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti,

boleh ke saya membaca

macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Lawak 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu

sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah

dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Lawak 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk

menghantar surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?”

“Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,”Apa bangang sangat kawan atok

duduk dalam tong merah tu?”

Lawak 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah

hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas

memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga

bilik berkenaan.

Polis :Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga :Lelaki pertama sedang bersanding, apabila

tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan

mati serangan sakit

jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis :Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga :Masa tu dia ingat orang sedang ambil

gambarnya…

0 comments: