BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

followers

Tuesday, July 26, 2011

RAMADAN BULAN KEINSAFAN….



Bila bulan Ramadan dah mai, umat Islam memang cukup rasa meriah. Bukan setakat meriah di awai pagi sibuk siapkan makan sahur, bila petang sibuk pulak nak siapkan juadah berbuka puasa. Malam pulak kita sambung dengan sembahyang tarawikh dan tadarus al-quran.

Apa pun paling meriah di bulan ramadan ni, bila kita pi masak lauk tunjuk…mana lagi mestilah Bazar Ramadan….Bukan main meriah lagi bazar ni. Penuh dengan orang ramai dengan berbagai-bagai bangsa, bukan saja umat islam…tapi kaum-kaum lain pun turut sama membeli juadah. 1Malaysia la katakan….

Bagi kita inilah masanya nak membeli berbagai-bagai juadah dan makanan. Kadang-kadang tu, makanan yang sebelum ni kita tak pernah jumpa pun ada. Tu yang buat syok sangat bila pi Bazar Ramadan.

Kalau dah syok pun …Harap-harap jangan ada yang lupa diri. Allah ingatkan kita semua supaya jadikan bulan ramadan ni bulan untuk berjimat cermat bukan bulan untuk kita membazir. Kita kena insaf dengan nasib saudara kita, yang tak berpeluang menikmati ramadan dengan aman dan tenteram. Nasib saudara kita yang tengah kelaparan. Itulah paling penting peringatan ramadan untuk kita semua..

0 comments: